Monday, January 01, 2007

Coretan 2007

Coretan pertama 2007... Alhamdulillah, 2006 sudah berakhir dan aku mengalu-alukan kedatangan 2007. Hari Raya AidilAdha juga jatuh sehari sebelum tahun 2007, menambahkan lagi kemeriahan hari semalam. Namun dalam kemeriahan semalam, banyak berita yang di paparkan di kaca TV yang membenarkan aku memuhasabah diri.

Berita penggantungan Saddam Hussein ku terima dengan senyap. Tiada protes ataupun sokongan, kerana aku sebenarnya jahil dalam isu ini. Namun, hatiku terdetik sendiri. Apakah rahsianya ataupun apakah propaganda pihak Amerika dalam memilih tarikhnya, di hari Umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban. Adakah itu satu mesej tak langung dari mereka?

Juga peperangan yang tidak sudah di Asia Tengah. Biar segunung simpatiku masih tidak dapat aku selami perasaan-perasaan mereka di sana. Aku kagumi semangat mereka. Biar saban hari nyawa di hujung tanduk, menyerah bukanlah satu pilihan buat mereka. Jika diizinkan Allah, mahu aku panjangkan langkahku ke sana. Inginku selami rahsia-rahsia ketabahan mereka. Malu untuk ku akui, namun aku bersyukur yang aku di sini ketika ini.

Di dalam negara sendiri tak kurang ramainya kurang bernasib baik. Mangsa-mangsa banjir di serata negara terutamanya di negeri Johor terpaksa menyambut Hari Raya Aidil Adha dan Tahun Baru dalam keadaan serba kekurangan. Alhamdulillah, banyak bantuan yang telah dan akan dihulurkan kepada mereka. Semoga apa yang hilang dapat digantikan dengan yang lebih baik. InsyaAllah.

Namun begitu, aku sebenarnya sangat menunggukan kehadiran tahun ini. Aku nantikan perubahan-perubahan yang bakal berlaku. Aku mahu lebih mengaktifkan diri pada tahun ini. Terima kasih kepada Sarimah, kalendar acara dari tourism Malaysia pada tahun ini sudah kumiliki. Banyak program-program menarik yang akan di adakan di serata Malaysia, sejajar dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 dan juga sambutan kemerdekaan yang ke-50. InsyaAllah, akan ku muat naikkan di laman ini dari semasa ke semasa. Ada beberapa lagi perubahan lain yang aku nantikan. Buat masa ini, biarku simpan untuk diriku dulu.

Aku berharap, tahun baru ini akan lebih mematangkan aku. Seperti tahun-tahun yang sudah, azam tahun ini tetap sama, aku ingin menjadi umat yang lebih baik. Selamat tahun baru!

6 comments:

Anonymous said...

tp aku sedih giler ngan saddam's execution. aku pon takdela tau byk sgt (aku pon naive gk pasal ni tp maybe takla senaive ko.. hoho!)..
to me, he was unwaveringly a brave leader, even during his death.. may Allah bless his soul.

syuhadaa said...

dia mmg brutal - tapi ada controversy la aku dengar hari tu pasal his death . Apparently one of the algojos was a Shiite and telah menghamburkan sumpah seranah kat Saddam sebelum menjerut leheaq dia...

and some stupid ass recorded the whole thingy and spread it on the internet.

Care to find it?

Mardiana Kamaruddin said...

I heard it's quite difficult to find the video because "they" have pulled out all the copies off the internet.. But, am trying to search a torrent file.. found a few but don't know if i can download it..

About Saddam, aku memang tak tahu banyak.. tapi aku tahu that he created a lot of chaos in islamic world up to his execution day (until now even).. because even the muslims pun have conflicting ideas about him..

ramai yang suka dia and tak kurang ramainya juga yang benci dia.. aku banyak dengar cerita buruk pasal dia tapi the stories could be biased kan.. truthfully, I don't really know..
I'm deeply embarassed for being ignorant

"Ignorance is not innocence, but sin" - Robert Browning

Mardiana Kamaruddin said...

Girls!! successfully downloaded the videos.. Yani, banyak torrent file kalau kau nk tgk.. I have no freaking idea y i downloaded it actually.. syu, if u want to tgk, tunggu kepulanganku!!

syuhadaa said...

what a sad ending to a poorly made political drama.

Anonymous said...

well, if you can show me one muslim leader that attacked 2 muslim countries, i'll show you one crazy man.